Sunday, 26 October 2014

Type of decision making (jenis membuat keputusan)

Programmed and non-programmed decision making


Keputusan yang dirancang selalunya terjadi apabila sesuatu peraturan keputusan dapat dilaksanakan dan dikembangkan pada masa hadapan. Biasanya keputusan yang dibuat bertujuan untuk respon terhadap sesebuah organisasi serta masa depan individu tersebut. Mewujudkan satu peraturan, jadi peraturan tersebut membimbing ke arah pembentukan keputusan masa depan apabila meletakkan membuat keputusan secra lebih berkesan dan efficient. Keputusan yang dibuat mampu menjangkakan masalah yang akan berlaku di masa akan datang serta membantu jalan penyelesaian.

Keputusan yang tidak dirancang atau diprogramkan selalunya digunakan dalam situasi dimana wujudnya keadaan persekitaran yag tidak berstruktur, matlamat yag kabur serta kekurangan bahan maklumat. Keadaan ini memerlukan analisis secara spesifik setiap keputusan yang wujud kemudian membuat keputusan akan mengambarkan secara spesifik terhadap sesetengah isu serta keputusan yang tidak konsisten. Disini kita tidak boleh menjangka masalah yang berlaku kemudian setiap masalah yang berlaku terpaksa diceburi apabila berlaku.



Proactive and reactive decisions.


Keputusan pro-aktif kerap berlaku dalam sesebuah organisasi, keputusan ini memberi masa untuk belajar serta membuat pilihan kemudian membantu menganalisis situasi-situasi persekitaran seterusnya melakukan keputusan yang lebih baik. Jenis keputusan ini membantu dari segi fasa persediaan dan juga pelaksanaan dimana peringkat persediaan boleh mengenalpasti masalah, mengumpulkan maklumat dan menilai akibat setiap pilihan yang dibuat selanjutnya membuat keputusan.


Keputusan re-aktif pula tidak mengikut masa kerana individu mestilah berada di bawah tekanan masa dan keadaannya serta malah keputusan menjadi dilema iaitu sangat penting dan juga sangat sukar dihadapi.

No comments:

Post a Comment