Sunday, 26 October 2014

Proses membuat keputusan

LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN
Proses membuat keputusan ialah pemilihan diantara alternatif. Beberapa langkah untuk proses membuat keputusan:

Step 1: Defining the problem (mengenalpasti masalah)
Langkah pertama ke arah membuat sebarang proses membuat keputusan adalah dengan mengenalpasti masalah terlebih dahulu. Mestilah mempunyai matlamat atau objektif yang jelas kemudian menyatakan impian atau matlamat selepas membuat keputusan.
Step 2: Develop alternatives (kembangkan alternatif)
Step 3: Evaluate the Alternatives (Menganalisis alternatif)
Step 4: Make the decision (membuat keputusan)
Step 5: Implement the solution( Laksanakan keputusan)



Berikut merupakan beberapa contoh untuk proses membuat keputusan berdasarkan tokoh.

Menurut Hoy dan Miskel (1978) pula, proses membuat keputusan adalah seperti berikut:
  •  Mengenal pasti dan mendefinisikan masalah.
  •  Menganalisis kesukaran masalah dalam situasi semasa.
  • Mengadakan kriteria untuk penyelesaian.
  • Membuat perancangan atau strategi untuk tindakan. Ini termasuklah mengkhususkan alternatif, meramal kesan-kesan dan memilih alternatif.
  • Membuat perancangan dari segi merencana, berkomunikasi, menyelenggara dan menilai.


Newman, Summer dan Warren (1972), mencadangkan proses membuat keputusan seperti berikut:

  • Membuat diagnosis masalah.
  • Mencari penyelesaian-penyelesaian alternatif.
  • Membanding dan menganalisis alternatif.
  • Memilih satu tindakan.


Griffith (1959), menyatakan proses membuat keputusan merangkumi aspek-aspek berikut:

  • Mengenal pasti, mendefinisi dan menghadkan masalah.
  • Menganalisis dan menilai masalah.
  • Membentuk kriteria yang mana penyelesaian boleh dinilai atau dipertimbangkan sebagai bersesuaian dengan keperluan.
  • Mengumpul data.
  • Menggubal dan memilih penyelesaian yang paling baik. Membuat ujian di peringkat awal.
  • Melaksanakan penyelesaian yang dipilih: Rancangkan penyelesaian, mengawal aktiviti-aktiviti dalam perancangan dan menilai hasil dan proses.

No comments:

Post a Comment