Sunday, 26 October 2014

Definisi membuat keputusan




Membuat keputusan ialah sesuatu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan  (Massie, 1987). Merupakan aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan, ini menurut (Koontz & Dannel (1978). Proses membuat keputusan adalah proses memilih pilihan yang logik daripada pilihan yang tersedia, dimana dalam proses membuat keputusan yang baik, individu tersebut mestilah menjangkaui pemikiran ke arah negatif dan positif terhada setiap pilihan yang dibuat dan lebih mengutamakan alternatif yang dipilih. Proses membuat keputusan lebih berkesan, individu boleh menilai masa depan terhadap pilihan yang dibuatnya kemudian berdasarkan item yang dipilih maka ia dapat menentukan pilihan yang terbaik setiap keadaan situasi sekeliling.


Keputusan dan membuat keputusan & situasi membuat keputusan


Keputusan merupakan pilihan yang dibuat berdasarkan alternatif yang boleh diambil sebagai usaha membuat sesuatu keputusan.

Membuat keputusan ialah proses dimana mengenalpasti masalah dan peluang yang ada kemudian menyelesaikan masalah.

                                                                          

Terdapat tiga situasi membuat keputusan:

Situasi mudah
Contoh: Nak pakai baju apa hari ini?
               Nak telefon ibubapa hari ini?

Situasi sederhana
Contoh: Pilih bekerja atau sambung belajar

Situasi rumit
Contoh:Nak bina kampus cawangan?

              Nak melabur di Afrika Selatan 

Type of decision making (jenis membuat keputusan)

Programmed and non-programmed decision making


Keputusan yang dirancang selalunya terjadi apabila sesuatu peraturan keputusan dapat dilaksanakan dan dikembangkan pada masa hadapan. Biasanya keputusan yang dibuat bertujuan untuk respon terhadap sesebuah organisasi serta masa depan individu tersebut. Mewujudkan satu peraturan, jadi peraturan tersebut membimbing ke arah pembentukan keputusan masa depan apabila meletakkan membuat keputusan secra lebih berkesan dan efficient. Keputusan yang dibuat mampu menjangkakan masalah yang akan berlaku di masa akan datang serta membantu jalan penyelesaian.

Keputusan yang tidak dirancang atau diprogramkan selalunya digunakan dalam situasi dimana wujudnya keadaan persekitaran yag tidak berstruktur, matlamat yag kabur serta kekurangan bahan maklumat. Keadaan ini memerlukan analisis secara spesifik setiap keputusan yang wujud kemudian membuat keputusan akan mengambarkan secara spesifik terhadap sesetengah isu serta keputusan yang tidak konsisten. Disini kita tidak boleh menjangka masalah yang berlaku kemudian setiap masalah yang berlaku terpaksa diceburi apabila berlaku.



Proactive and reactive decisions.


Keputusan pro-aktif kerap berlaku dalam sesebuah organisasi, keputusan ini memberi masa untuk belajar serta membuat pilihan kemudian membantu menganalisis situasi-situasi persekitaran seterusnya melakukan keputusan yang lebih baik. Jenis keputusan ini membantu dari segi fasa persediaan dan juga pelaksanaan dimana peringkat persediaan boleh mengenalpasti masalah, mengumpulkan maklumat dan menilai akibat setiap pilihan yang dibuat selanjutnya membuat keputusan.


Keputusan re-aktif pula tidak mengikut masa kerana individu mestilah berada di bawah tekanan masa dan keadaannya serta malah keputusan menjadi dilema iaitu sangat penting dan juga sangat sukar dihadapi.
Responsive and intuitive decisions (Keputusan responsif dan intuitif)

Bagi proses membuat keputusan responsif, membuat keputusan dalam bentuk respon terhadap sesuatu data yang boleh diterima. Dalam membuat keputusan responsif, proses membuat keputusan lebih berfokus dan sebagai tindak balas kepada trend yang terdapat dalam metrices sesebuat korporat. Orang lebih tertumpu hanya apabila sesuatu data yang boleh didapati bila-bila masa sahaja serta boleh memahami apa yang akan berlaku.

Keputusan intuitif pula menerima input dan idea tanpa mengetahui sesuatu perkara dna dari mana ia berlaku. Proses membuat keputusan Intuitif adalahlebih  menggunakan akal kerana ia melibatkan tambahan sensor melihat dan sedar terhadap informasi luaran.



Micro and macro decision making (membuat keputusan secara mikro dan makro)

Membuat keputusan secara mikro merujuk kepada keputusan yang dibuat secara transaksi dengan transaksi, pelangan dengan pelangan. Keputusan secara mikro adalah keputusan yang kecil biasanya dilakukan banyak kali. Walaupun keputusan yang dibuat adalah pada tahap bawah, ia tetap memberi impak yang besar terhadap sesuatu orgnisasi atau individu tersebut.

Keputusan secara macro adalah keputusan yang betul dan fokus kepada bagaimana proses keputusan distrukturkan.keputusan makro yang dibuat kemudian boleh mempengaruhi keputusan sebelum dan menentukan konteks yang di bawahnya suatu kelompok mikro mempunyai keputusan yang perlu diambil. Sebagai contoh keputusan makro untuk menerima pilihan reka bentuk amalan kerja untuk satu unit kerja mengandungi keputusan mikro untuk membuat keputusan bagi setiap tugas di mana dan oleh siapa ia akan dilakukan. Urutan hierarki keputusan makro di panggil pokok keputusan.



Membuat keputusan "Berhati-hati vs Berani"

Individu yang membuat keputusan secara berhati-hati adalah mampu membawa satu keputusan yang sangat penting dan bermakna, ini membabitkan soal ketekunan, keyakinan dan penuh berwaspada dalam soal menentukan pilihan yang dipilih. Biasanya membuat keputusan secara berhati-hati akan mengurangkan risiko yang akan dihadapi nanti, kerana kita boleh menjangka apa yang berlaku dan sudahpuh membuat persediaan yang rapi dalam mengahadapi risiko.


Manakala membuat keputusan secara berani akan menghadapi risiko yang tinggi kerana keputusan yang dibuat belum tentu bersesuaian dengan kehendaknya lagipun kemungkinan untuk memperolehi risiko ialah tinggi berbanding dengan membuat keputusan secara berhati-hati.

Ciri-ciri membuat keputusan


  1.  Merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan.
  2. Pemilihan yang sengaja dan reflektif.
  3. Mencipta sesuatu ketentuan atau pendapat.
  4. Memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam.
  5. Pemilihan pelbagai alternatif.
  6. Jenis keputusan bergantung kepada jenis masalah.
  7. Tidak ada satu keputusan yang muktamad dalam menyelesaikan segala jenis masalah.
  8. Pengumpulan maklumat yang tepat.
  9. Punca masalah biasanya di luar kawalan oleh individu yang membuat keputusan dan sangat mementingkan kretiviti.


Apa yang menjadikan keputusan yang baik:

  • Pengalaman
  • Kecekapan
  • Ketepatan Maklumat
  • Analisa yang betul

Proses membuat keputusan

LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN
Proses membuat keputusan ialah pemilihan diantara alternatif. Beberapa langkah untuk proses membuat keputusan:

Step 1: Defining the problem (mengenalpasti masalah)
Langkah pertama ke arah membuat sebarang proses membuat keputusan adalah dengan mengenalpasti masalah terlebih dahulu. Mestilah mempunyai matlamat atau objektif yang jelas kemudian menyatakan impian atau matlamat selepas membuat keputusan.
Step 2: Develop alternatives (kembangkan alternatif)
Step 3: Evaluate the Alternatives (Menganalisis alternatif)
Step 4: Make the decision (membuat keputusan)
Step 5: Implement the solution( Laksanakan keputusan)



Berikut merupakan beberapa contoh untuk proses membuat keputusan berdasarkan tokoh.

Menurut Hoy dan Miskel (1978) pula, proses membuat keputusan adalah seperti berikut:
  •  Mengenal pasti dan mendefinisikan masalah.
  •  Menganalisis kesukaran masalah dalam situasi semasa.
  • Mengadakan kriteria untuk penyelesaian.
  • Membuat perancangan atau strategi untuk tindakan. Ini termasuklah mengkhususkan alternatif, meramal kesan-kesan dan memilih alternatif.
  • Membuat perancangan dari segi merencana, berkomunikasi, menyelenggara dan menilai.


Newman, Summer dan Warren (1972), mencadangkan proses membuat keputusan seperti berikut:

  • Membuat diagnosis masalah.
  • Mencari penyelesaian-penyelesaian alternatif.
  • Membanding dan menganalisis alternatif.
  • Memilih satu tindakan.


Griffith (1959), menyatakan proses membuat keputusan merangkumi aspek-aspek berikut:

  • Mengenal pasti, mendefinisi dan menghadkan masalah.
  • Menganalisis dan menilai masalah.
  • Membentuk kriteria yang mana penyelesaian boleh dinilai atau dipertimbangkan sebagai bersesuaian dengan keperluan.
  • Mengumpul data.
  • Menggubal dan memilih penyelesaian yang paling baik. Membuat ujian di peringkat awal.
  • Melaksanakan penyelesaian yang dipilih: Rancangkan penyelesaian, mengawal aktiviti-aktiviti dalam perancangan dan menilai hasil dan proses.

Elements in managerial decision


Decision: A conscious choice among alternative course of action

Therefore the 3 elements are:
     -A conscious choice among alternatives
     - A specific purpose
     - A course of action


APPROACHES TO DECISION MAKING
 Rational (logical approach)

  • Define the problem (condition and limitation)and the set of objective. 
  • Analyze the problem 
  • Fact finding. 
  • Develop alternative solution : brain storming. 
  • Decide on the best solution.
  • Convert the decision into action. 
  • Follow up


What is problem ?

Problem is a chance for you to do your best. A problem is the difference between the actual state and desired state and  problem is an opportunity for improvement.
   
      -Intuitive approach
      -Unable to decide (indecisive approach)

      -Implulsive approach